PERTANDINGAN

Mereka Cipta LOGOMereka Cipta LOGOMereka Cipta LOGOMereka Cipta LOGOMereka Cipta LOGOMereka Cipta LOGO

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat

PANDUAN PENYERTAAN

Penyertaan dibuka bermula 24 Mac 2021 (Rabu) sehingga 15 Mei 2021 (Sabtu)

Borang Penyertaan Pertandingan Mereka Cipta Logo KPMKR hendaklah dilengkapkan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/Agensi masing-masing

Hantar Borang Penyertaan yang lengkap termasuk logo dan penerangan ringkas logo melalui e-mel sejahtera.rakyat@sabah.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Mei 2021. Pastikan tajuk e-mel ditulis “Pertandingan Mereka Cipta Logo KPMKR”

Borang Penyertaan yang dihantar haruslah dalam bentuk PDF / Docx manakala Logo yang dihantar haruslah dalam bentuk JPG / JPEG / PNG dan mempunyai resolusi sekurang-kurangnya 1000 X 1000 pixels. Logo yang dilukis perlu diimbas (scan) sebelum dihantar

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik David Bonneda melalui talian Khidmat Pelanggan KPMKR (088 256 711 / 088 256 797 | EXT 235)

TERMA DAN SYARAT

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh wargakerja KPMKR (kecuali pegawai-pegawai tertentu) dan Jabatan/Agensi Negeri dibawahnya sahaja.

Penyertaan adalah terhad kepada satu (1) penyertaan bagi setiap individu.

Rekaan logo mestilah asli dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan sebelum ini.

Peserta akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku tuntutan dari pihak ketiga ke atas logo yang dihasilkan.

Rekaan logo yang dihasilkan untuk penyertaan dalam pertandingan ini menjadi hak milik KPMKR sepenuhnya.

KPMKR berhak ke atas logo yang terpilih sebagai pemenang untuk diubahsuai, dicetak atau dipamerkan dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.

Logo haruslah mengandungi nama Kementerian (“Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat” atau singkatan “KPMKR”).

Logo haruslah melambangkan aktiviti KPMKR yang merangkumi Jabatan/Agensi di bawahnya.

Pilihan warna logo adalah terhad kepada warna bendera Sabah.

PANDUAN REKA BENTUK LOGO

Spesifikasi reka bentuk logo hendaklah selaras dengan Terma dan Syarat.

Reka bentuk logo mesti jelas, kemas dan menarik.

Peserta hendaklah mengemukakan penerangan ringkas ke atas logo yang dihasilkan mengenai reka bentuk, simbol dan warna yang digunakan.

Peserta bebas memilih cara menghasilkan logo sama ada secara tradisional (dilukis) atau secara digital.

Hakcipta Terpelihara © 2018 Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah. Designed by Pusat ICT Sabah